Saya mula mengenali Skype sejak awal tahun 2010 dan saya sangat jarang menggunakannya sehinggalah mantan kekasih saya mula menggunakannya kira-kira pada bulan April, tahun yang sama.. Sejak itu, kami selalu berpanggilan video melalui Skype dan meninggalkan khidmat daripada Yahoo Messenger..
Selepas kami sudah tidak berhubungan, saya dan Skype pun turut tidak berhubungan..
Pada suatu hari, seorang jejaka yang agak kacak berpura-pura tidak pandai menggunakan Skype dan dia meminta saya untuk mengajarnya.. Namun, saya menolak permintaannya kerana saya tidak pernah berpanggilan video bersama lelaki lain selain daripada mantan kekasih saya..
Oleh itu, kami hanya bersembang menerusi mesej segera (instant message) di Facebook sahaja..
Banyak juga topik yang telah kami bincangkan dan banyak juga nasihat yang telah saya terima daripadanya khususnya mengenai soal perhubungan.. Baginya, usia kami masih muda dan mengapa perlu ada hubungan yang tidak mungkin akan kekal selama-lamanya?
Sedikit sebanyak, kata-katanya ada juga kebenarannya dan sebelum mengakhiri perbualan, lelaki tersebut berkata;
"Next time, if a dude ask you to Skype.. Skype!"
Haha! :D
Kejadian itu masih segar dalam ingatan saya tetapi saya tetap dengan pendirian saya..
Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan..
Saya memang tidak sign in Skype langsung sehingga saya mula kenal dengan Fernando Torres kira-kira pada bulan Ogos yang lalu..
Sejak itu, setiap kali melayari internet, akaun Skype saya akan dibiarkan ter-sign in secara automatik dengan harapan Fernando Torres akan menyapa saya..
Bhahaaa! :D
Setakat ini, Fernando Torres hanya menyapa saya sebanyak dua kali sahaja.. Satu dalam bentuk pesanan, satu lagi dalam bentuk makluman dan kami tidak pernah lagi berbual panjang apatah lagi berpanggilan video..
Walaubagaimanapun, terdapat makhluk-makhluk lain pula yang menyapa saya sama ada dalam bentuk panggilan atau tulisan.. Dalam soal ini, saya cuma akan memberi perhatian kepada makhluk-makhluk yang saya kenal sahaja, kebiasaannya, dalam bentuk tulisan kerana saya kurang gemar menjawab panggilan..
Baru-baru ini, ada seorang kenalan menyapa saya.. Mula-mula, dalam bentuk tulisan, kemudian, dalam bentuk panggilan.. Apabila saya menolak untuk menjawab panggilannya, dia kata saya berlagak..
Maaf, saya bukan berlagak..

Saya cuma tidak selesa untuk menjawab panggilan awak..

Jika ada sesiapa yang panggilannya tejawab, anda sangat #untunglah..

15 comments:
yes! nini pon x suke skype @ ape2 je video call msgr. ^^
x minat skype..senang cakap x minat chat hahahaha.
samalah yart just trmie skype dr orang yang yart tunggu je ;)
skype.. digunakan pada zaman belajar..
tak pernah guna skype langsung. lagi teruk. hehe
skype lagi best dari yahoo msnger..
leh wat video confrence...
ramai2..
leh wat mcm meeting gitu huihihihi!
cepat add elie! nnt kita skype sama2! hehe
nak call nak call. haha.
ada juga akaun skype...tp x aktif
saye takde skype
sy ada skype tp xda kawan pon :( agak berbulan jugak x bkk. hahaha
Saya hanya skype dgn kawan2 and familu saja. Tapi betul lah, takkan nak skype dgn roang yg tak kenal kan. Segan lerrrr HEHEHE
hehe eka rgister skype pun sbb nk contact ngn adik kat U. heeee
eny add la eyka kalau eny log in eh.. hee eyka x on lgsung sbb contact cuma adik2 eyka je..buibui pun buat, tp kami bukan jauh sgt. hahah
my skype : eykameow
eny... ble kte bleh skype dua ni..
hahahahak...
bg hot sket.. ;p
rindu nak skype dgn org tersayang. lama x guna dah . wuwuwuw
Post a Comment