Wednesday, October 12, 2011

Mimpi yang Terlalu Indah

www.tips-fb.com

Ini bukan kali pertama tetapi kali ke berapa entah saya termimpikan orang yang sama.. Sebelum ini, saya selalu bercerita tentang mimpi saya kepada teman baik saya, Elle Williams.. Tehee! Kesian dia kena layan cerita-cerita fiksyen waktu tidur saya..

Dalam banyak-banyak mimpi yang berwatakkan orang yang sama itu, mimpi semalam lah yang paling INDAH! Saya tak tahu di mana lokasinya, tetapi situasinya nampak seperti kami sedang berada di dalam satu kem..

"SUMMER CAMP", mungkin.. Sebab.. Dorm kami satu paras :D

Saya tak dapat nak jelaskan secara keseluruhannya tentang mimpi tersebut kerana gambarannya kurang jelas dan sedikit samar-samar untuk beberapa babak..

Namun, antara babak yang kekal di memori saya adalah, kami keluar berjalan-jalan, tangan saya penuh sangat dengan barang dan saya tak ada poket, jadi, saya minta dia tolong simpankan telefon bimbit saya di dalam poketnya..

Selepas pulang dari berjalan-jalan, saya pun cari,

"Mana henset saya?"

"Mana henset saya?"

Padan muka Fatin Farhanah kena layan rengekan saya.. Hahaaa..

Fatin Farhanah tanya,

"You cuba ingat balik, you letak kat mana?"

Selepas itu, baru saya ingat bahawa telefon bimbit saya ada pada jejaka itu.. Kahkahkah..

Kemudian, saya cakap pada Fatin Farhanah,

"Matilah kalau dia godek-godek henfon I !!!"

Tiba-tiba, seorang rakan yang tidak saya kenali di alam nyata memanggil saya,

"Eny, ada orang nak jumpa!"

OMG! It's him!

Dia datang nak pulangkan telefon bimbit saya.. Mujur dia tak godek apa-apa.. Dia nampak OK sahaja.. Hehe..

Babak lain yang masih segar dalam ingatan saya adalah, jejaka itu baru pulang daripada solat berjemaah di surau.. Dormnya terletak di hujung paras tetapi dia menggunakan tangga yang berhampiran dengan dorm saya.. Kahkahkah :D Lawak!

Saya cakap,

"Orang lain guna tangga hujung, kenapa awak sorang ja guna tangga ni? Awak nak tengok saya ke?" :D

Jejaka tersebut tidak menjawab soalan saya, jadi, saya pun ikut belakang dia..

Sesampainya di pintu dormnya, dia tanya,

"Kenapa awak ikut saya? Awak nak masuk dorm ni ke?"

Cisss!

Sejak itu, hubungan kami semakin gila-gila.. Dia buat saya sangat bahagia :D

Eh, bukan itu sahaja! Babak seterusnya yang bakal saya ceritakan ini adalah babak yang paling romantis..

Dia ajak saya ke dapur, kemudian kami sama-sama berdiri di atas meja makan..

Sambil tangan kirinya menggenggam tangan kanan saya, manakala tangan kanannya pula merangkul pinggang saya, dia cakap,

"Saya tak pernah menari.. Jom, kita menari!" :D

Saya kaku dan hanya mampu tersenyum malu ;)




Nota: Saya sedar, senyuman itu bukan hanya terukir di alam mimpi, tetapi juga terukir di alam realiti meskipun mata masih terpejam ekoran jasad yang enggan bangkit akibat MIMPI YANG TERLALU INDAH :')

12 comments:

wanie wonek said...

romantik gitew ... :)

Phat said...

romantik betul mimpi ernie kan..bertuah dpt mimpi camtu kan hehe ;-)

.: Si BungaKopi : . said...

smalam tengok youtube ziana zain ngan awie tajuk senja nan merah..tetiba teringat eny...muka iras kot..

enyheartsdiamond said...

mimpi je kot! :D

enyheartsdiamond said...

si bungakopi - alamak! pengsan! hehe.. thx 4 the compliment dear :D

saidatul noor farhana said...

waaaaa..bce smbl senyum...romantik giler..:)

Alan said...

lain macam je mimpi ni hehehehe

Alan said...

mesti tidow x basuh kaki hahaha

نورازريناابوحيري said...

romantiknye...

Elie Lily said...

ini sweet sangat ni mimpinya eny!hahah

Mr feckry said...

mimpi tu mainan ..jangan terpengaruh sangatt, tapi kalau layan bbest juga

cik nur said...

indah nya kalo mimpi nur mcm nie..
mmg kalo tido tuh asyik tersenyum jer la kan :)

 

Drama is boring, reality is fun! © 2008 Template by Exotic Mommie Illustration by Dapina and Edited by HudaLuna