Thursday, December 17, 2009

Contest Siapa Comel



"Saya sedang tunggu boyfriend saya di taman bunga.."


Amboi..Kecik-kecik lagi dah gatal ;))

Saya rasa, saya adalah peserta terakhir contest ini..Maaf kak laila, saya tidak dapat mencari scanner di sini..Lelaki bermata scanner mungkin ramai di luar sana..Saya harap kak laila dapat menerima penyertaan last minit ini..

Mengapa saya join contest ini???
Sebab saya sayang kak laila laa :))

Saya join contest ini sebagai tanda sokongan kepada penulis blog HITAM PUTIH KEHIDUPAN iaitu kak laila sendiri yang sudah bertungkus-lumus untuk mengadakan contest ini..

Berikut adalah detail saya,

Nama : Ernie Syafika Binti Zamri
Tarikh/tempat lahir : 15 February 1990/Teluk Intan, Perak
Penerangan gambar : Semasa kecil, saya debab dan comel..Pabila besar, saya slim dan masih comel ;)) Gambar ini diambil semasa saya berusia 8 bulan di mana pun saya tidak tahu..Saya pun sudah lupa dengan scene ini..Ada scene yang saya ingat tetapi waktu itu mungkin saya sudah berusia 2 tahun ke atas..Yang pastinya, gambar ini diambil di sebuah taman..Cantik kan saya posing di situ??Saya patut jadi model kanak-kanak tau dulu-dulu..Tapi MAMA dan PAPA tidak mengambil peluang itu..Rugi..Hahahaha..

Wednesday, December 16, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest



Atas permintaan penganjur, EZZAN YUSOP, saya akan cuba untuk tidak 'elaborate' panjang-panjang tentang gambar ini..(Klik nama beliau untuk ke entri contest tersebut)



Sekali pandang macam MAYA KARIN..
Sekali lagi pandang macam LIYANA JASMAY..
Sekali lagi-lagi pandang macam gadis comel dalam iklan baru TM NET ;)

*Jangan layan saya..Saya perasan~


Sebarang gambar yang sengaja ditangkap mahupun tidak sengaja ditangkap pastinya mempunyai maksud yang tersirat tersendiri..Oleh itu, mari saya jelaskan serba-sedikit tentang gambar di atas..

Gambar ini mengisahkan tentang seorang gadis yang sedang menikmati MR.POTATO perisa BBQ dengan di sebuah pantai yang indah..Si gadis juga sedang kusut sebenarnya..Lihatlah rambutnya, 'messy', seperti LIONEL MESSI..Jangan ingat seorang gadis tidak kenal siapa itu LIONEL MESSI..Beliau ahli gusti kan???Hahaha~

Matanya pula menggambarkan sesuatu yang tidak memuaskan hatinya..Barangkali kepingan MR.POTATO yang dijamahnya itu adalah kepingan yang terakhir yang tinggal..Sampai hati sahabat-sahabatnya yang lain berbuat sedemikian terhadap gadis tersebut..

Mukanya sedikit berminyak dan berpeluh kerana dia baru sahaja penat berlari-lari hindustan di pantai bersama beberapa orang teman yang lain..

Yaa..Gadis ini adalah saya..Saya..ERNIE SYAFIKA BINTI ZAMRI.. ;)

Kisah ini adalah fiksyen semata-mata..Tiada kena mengena di antara yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia..

*Untuk pengetahuan semua, gambar ini adalah salah satu gambar yang tidak sengaja ditangkap oleh seorang 'newbie' dalam bidang fotografi ini..Nama beliau adalah AMIR SHAFIQ BIN ADHAM..Beliau adalah pelajar UTM, Skudai..Yaa..Beliau pandai, kaya dan 'macho'..Nama samaran beliau adalah AWANG..Indah kan nama tersebut???Terima kasih AWANG!!!

Tuesday, December 15, 2009

The Princess Kebaya Contest



"Whoaaaa!Ada PRINCESS KEBAYA CONTEST laaa!!!"

Mesti ramai gadis Melayu di luar sana mahu bertanding dalam contest yang 'exotic' sebegini..Sesungguhnya hati saya turut terdetik dan tertarik untuk meng'havoc'kan contest yang sungguh 'interesting' ini..Contest ini bukan hanya sahaja sekadar suka-suka atau untuk mencungkil bakat(konon), bahkan, saya yakin, contest ini mempunyai motifnya tersendiri..Bagi saya, contest sebegini wajar diadakan untuk mempromosikan pakaian tradisi masyarakat Melayu, BAJU KEBAYA kepada mata masyarakat dunia(cewahhhh)..Credit to the organizer/creator!!!Miss WAWA..

Dukacita saya akui, saya telah banyak tercicir dalam contest-contest yang telah dianjurkan oleh para blogger yang lain..Namun, kali ini, dengan ber'spirit'kan srikandi, saya mengisyhtiharkan 'perang' terhadap mana-mana gadis manis yang turut mencuba nasib dalam contest ini..Sila gentar dan semoga tercabar ;)

Hehehehe..lawak ja..saja gertak..sebenarnya jantung saya pun dup-dap-dup-dap..

**Saya hanya manusia biasa yang gemar berfotogedix seperti kalian jugaaa ;))

Tarikh tutup penyertaan, terma dan syarat-syarat pertandingan boleh didapati di sini..

Saya layak menyertai contest ini kerana umur saya sudah melebihi 17 tahun!!!

Berikut adalah gambar yang saya pertaruhkan...



Mendiskripsi???Bukan kebolehan saya..Namun, dengan tegar, saya akan cuba sedaya upaya untuk menceritakan tentang gambar di atas dan kebaya yang dipakai..Tajuk cerita saya adalah 'Jangan Pandang Belakang Congkak'..

Berdasarkan tajuk di atas, apa yang kalian fikir???Adakah kalian sedang memikirkan apa yang difikirkan oleh saya???Ngehehehehe..

Secara tersiratnya, saya ingin menyuruh kalian memandang model(saya la tuhh)..Bukannya congkak ;))

Kebaya yang digayakan oleh model jelita ini tidak di'sponsor oleh mana-mana 'sugerdaddy' mahupun 'daddy' pemakainya tersendiri..Ia dibeli di JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN pada musim perayaan lalu dengan harga anggaran RM150(tak ingatlah) dengan menggunakan wang saku yang MARA berikan kepadanya..

Baju kebaya ini adalah berjenis moden..Maka, kita boleh memanggilnya KEBAYA MODEN..Jika kalian ingin memanggilnya sebagai KEBAYA ERNIE SYAFIKA pun boleh(jika suka laa, tak suka tak apa)..Kebaya ini amat sesuai dipadankan dengan kain 'pareo'..Kain jenis ini akan menampakkan lagi keanggunan,keayuan dan kesopanan si pemakai..Selain itu, si pemakai juga akan tampil dengan lebih feminin dan elegan dengan padanan tersebut..

Noktah tentang kebaya..Mari bercerita tentang latar belakang gambar ini pula ;)

Tidak banyak yang mahu saya ceritakan sebenarnya..Credit kepada adik perempuan saya NUR EZZATI NASYRAH untuk gambar ini meskipun beliau telah dipaksa rela oleh saya untuk menangkap gambar saya dengan banyaknya semata-mata untuk memperagakan baju kebaya kegemaran saya ini pada pagi HARI RAYA AIDILFITRI yang lalu ;))

Gambar ini adalah salah satu daripada gambar raya kegemaran saya..Ia ditangkap di rumah opah saya di Felda Sungai Kelah, Perak Darul Ridzuan..Meskipun ia hanya sekadar rumah kampung, namun, suasana di dalam rumah ini berjaya menawan hati saya.. <3

Congkak di dalam gambar ini pula memainkan peranan sebagai simbol warisan tradisional yang saya cuba paparkan di sini agar ia 'tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas'..

Sekian sahaja daripada saya..
ERNIE SYAFIKA BINTI ZAMRI

Monday, December 14, 2009

iklan



Sedikit tiada hidup di sini..

Dalam erti kata lain..

"Takde life"

Saya mahu seseorang yang boleh melayan saya seperti picnik dot com, facebook dot com, youtube dot com, blogspot dot com etc..etc..etc..

Sakit pinggang asyik online sahaja..

Mana AHMAD saya pergi???

*Gambar di atas tiada kena mengena dengan entry..
Macam iklan kormersial kan??? ;)

Bercakap tentang iklan kormersial..
Saya rasa kelakar apabila beberapa orang sahabat berkata;

I SAW U IN THE NEW TM ADS!!!

Linknya di sini..

Sila tekan 'pause' pada saat ke 40..

The 'cute girl' macam saya ke??? :))

Sunday, December 13, 2009

Mr TOPO


Mr TOPO was my class teacher when I was in form 4 and form 5..
How did he get the name???

If I'm not mistaken, the name derived from his head..
Look at his hair, mustache and beard..
Hahahaha..

Macam globe/peta TOPO kot bentuk dia ;))

Am I right Kak Laila???

I got this answer from a few seniors during my school time..

He was my MATHEMATICS teacher..
And the subject was so boringgggg...

Why???
Because, he made MATHS difficult..
I rather study MATHS by myself..
Yet I still score in any MATHS paper :))

Besides,
he always waste the MATHS period with his "ceramah agama"..
The contents are always the same..
Till we can expect what he would say after this and that..LOL!!!
And I'm lazy to listen to it..

Hahahaha..

I musn't talk about this actually..
I just want you to guess..
Which 1 is me ;))


ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

*Sorry Sir ;)

Friday, December 11, 2009

さよなら



Malam ini adalah malam terakhir saya di sini..
Esok pagi, kami sekeluarga akan berangkat ke KUALA NERANG, KEDAH untuk berpindah..

さ よ な ら PENANG..
Sampai bertemu lagi..
:'(

さ よ な ら = sa yo na ra

Wednesday, December 9, 2009

Mr and Mrs BRUNETTE


Gambar ini, baru terserlah ;))




Sila klik gambar di atas untuk tumbesaran..

"Going brunette..Wajar ke tak???"

Ini adalah status FACEBOOK saya pada malam semalam..Ramai juga rakan-rakan yang telah memberi pendapat dan sokongan dengan keinginan saya ini..Antaranya;

A.ANUSUYA NAIR

SYAHIRAH RAZALI

AHMAD FARHAN

FATIMATUZZAHRAH ABDULLAH

NAPEX AAN

HAFIZ CICAK

FEAT FEAR DAWZ

dan

SYAHIR ZAINI

Terima kasih semua!!!!

Cadangan mereka amat bernas sekali terutamanya cadangan SYAHIRAH RAZALI..Beliau menyarankan saya mewarnakan rambut saya seperti BLAIR WALDORF di dalam drama bersiri GOSSIP GIRL..Saya sukaaaa!!!Memang warna itu yang saya mahu!



SYAHIRAH RAZALI turut mencadangkan warna yang lebih 'daring' iaitu 3D coloured hair..Memang 'gorgeous'!!!Tetapi, saya tidak mahu PROF.RAHIM ter'shock' dengan rambut saya apabila sem baru dibuka pada JANUARI nanti ;))

A.ANUSUYA NAIR dan AHMAD FARHAN berpendapat, sekiranya saya tidak suka dan berasa tidak sesuai dengan warna yang dipilih, HITAMkan jelah balik..Apa susah???

Cadangan FATIMATUZZAHRAH ABDULLAH paling 'ridiculous' sekali..Ada ke patut dia 'suggest'kan saya dengan warna MERAH..My skin is tanned..Tak cantik berambut merah..Lagi laa PROF.RAHIM 'shock' nanti.. ;))

Begitu juga dengan HAFIZ CICAK..Cadangannya adalah 'highlight' MERAH..Hahaha..Memang 'style' tetapi ia bukan jiwa saya..

Manakala yang selebihnya, NAPEX AAN, FEAT FEAR DAWZ dan SYAHIR ZAINI menyokong hasrat saya bulat-bulat kerana kata mereka;

"ENY macam mana pun cantik..."

"U always cantik Eny.."

(lebih kurang laa ayat-ayat ni)

Hikhikhikhikhikhikhikhikhik(maaf..terketawa sebentar)

Dengan rasa tidak sabar, saya bertindak sedemikian pada hari ini juga..

Dannn..

Di sini...

Saya ingin mengisyhtiharkan(maaf kalau tersalah eja)..


I'm BRUNETTE..
(tadi saya cuba 'snap' tetapi tidak berhasil..BRU
NETTE itu tidak begitu menyerlah..nanti saya cuba lagi.. )

Eyhhhh..Belum habis lagi..Saya tidak puas hati dengan ini(sebenarnya sukaaa..ngeeeeee~)..

Mr Brunette: xkelua arini?
~enyDiamond~: kelua
~enyDiamond~: jp g
~enyDiamond~: ptg sket kot
~enyDiamond~: u
~enyDiamond~: pulang rumah bila ni??
Mr Brunette: pg td
Mr Brunette: hahaha
Mr Brunette: tu pon keluar balik
Mr Brunette: g alter rambut
Mr Brunette: potong rmbut, then dye brunette
Mr Brunette: hahahahhaha
~enyDiamond~: sebok!
~enyDiamond~: sebok gila!
~enyDiamond~: im brunette now

This coincidence is very-very-very RIDICULOUS!!!

*PROF.RAHIM adalah dekan saya..
*Mr Brunette-Bukan nama sebenar mahupun pada ym beliau..(saya yang tukar nama beliau menjadi Mr Brunette..hehe)

Tuesday, December 8, 2009

Syukur



Sila klik untuk tumbesaran..

Alhamdulillah~
Bersyukur saya kepada ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, saya memperoleh rezeki ini..

Meskipun prestasi saya pada kali ini tidak sebagus pencapaian saya pada semester yang lalu, namun saya redha dengan kehendak dan ketentuan-Nya..

Berdasarkan keputusan ini, saya dapati, subjek yang saya geruni, iaitu ANATOMY sangat-sangat memuaskan hati .. Adakah ini keajaiban hasil gorengan saya??? Sedap kan saya goreng EN.MISPAN ;))

Saya hanya tidak berpuas hati dengan subjek MICROBIOLOGY sahaja..(mengeluh)

Apa lagi nak komen???(blur)

Monday, December 7, 2009

Bukan untuk dijual



Ini Radin.. Comelll kan??? Macam 'meowwww'..hehehe~
Sekiranya saya ingin menjual beliau, siapa di antara kalian yang mahu membelinya???

opppsss..nanti!!!

Beliau bukan untuk dijual..

Sebenarnya, saya ingin mempromosikan blog beliau..
Beliau baru sahaja masuk ke dunia kita (blogspot)..

Klik sini untuk ke blog beliau..

Mari bersama-sama memberi sokongan kepadanya ;)

Selamat berkenal-kenalan!!!

Sunday, December 6, 2009

Biar betik!!!



"Bagai pucuk dicita..ulam mendatang..

Mama naik ke bilik saya dan membawa sepinggan betik.."

Petikan ini diambil dari entri beberapa hari yang lepas iaitu PENANTIAN..

Sejak akhir-akhir ini
,saya asyik 'ngap' buah ini sahaja..Sayalah yang menghabiskan stok buah ini di rumah..Oleh itu, tiada lagi betik untuk hari ini..Hahaha~

Sebenarnya..Saya lebih meminati epal daripada buah ini..Kenyataan ini jelas sekali menunjukkan bahawa saya bukanlah peminat buah betik yang sebenar..(perlu cerita ke???)



Sebelum apa-apa,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada buah betik kerana ia telah memberi ilham kepada saya untuk meng'update' entri :)

Seperti buah-buahan yang lain, semestinya, buah betik juga mengandungi khasiat dan zat yang tersendiri..Meskipun buah ini bukanlah antara yang popular, namun ia telah menambat perut dan lidah saya baru-baru ini ;)

Buat pengetahuan kalian, buah betik bukan sahaja berkebolehan untuk menurunkan suhu badan kita, bahkan, ia juga mampu untuk menurunkan kemarahan seseorang..Buktinya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri..Saya berasa amat marah apabila bekas kekasih saya tidak menghadirkan dirinya untuk menemui saya tanpa sebarang pemberitahuan pada beberapa hari lepas(rujuk entri PENANTIAN)..Sebaik sahaja memakan buah betik, saya pun 'cool' ;))

Mari kita merungkai keistimewaan buah betik ini bersama-sama..

Betik kaya dengan vitamin A (pada kulitnya) dan C (pada isinya), serta kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Antaranya:


1) Buah.
Selain mengandungi kalium dan magnesium yang sangat tinggi, buah ini juga kaya dengan karotena, vitamin C, dan flavonoid, sehingga dapat berfungsi memecahkan serat makanan sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh ketika demam.

*Kan saya dah cakap..Betik bisa mengurangkan suhu ;)

2) Daun
Bagi yang suka, daun betik sangat enak dibuat sayur dan ulam. Memang rasanya agak pahit tetapi tengok saja manfaatnya yang luar biasa, seperti mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan. Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini dipipis atau dikisar, lalu diperah dan diambil airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.

*Papain adalah sejenis enzim ;)


3) Biji
Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut. Caranya: Jemur biji betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.

*Saya pasti ini adalah petua yang mujarab..Sebab, sebelum ini, saya pernah mendengar tentangnya.. ;)

4) Getah dan akar
Dapat mengubati sakit saluran kencing, masalah cacingan, bahkan digigit ular berbisa. Untuk ubat cacing, gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml air. Semua bahan dipotong-potong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml. Bahagikan kepada tiga bahagian (25 ml) sekali minum.

*Erkkk..Baru saya tahuuuu~ ;)


Sumber:TOK MOH